Skip to main content
FAQ

Soalan Lazim

Semua yang kamu perlu tahu sebelum mula merancang dengan Rinung.

Permulaan

Tidak langsung. Setup dalam 5 minit — masukkan nama, tarikh wedding, dan pilih jenis majlis. App akan auto-generate senarai tugasan untuk kamu. Kalau stuck, boleh tanya AI Assistant Rina dalam app.

Ya. Jemput pasangan kamu dengan satu klik — semua nampak dan boleh edit dalam masa nyata. Rancang bersama, bukan sorang tanggung semua.

Ya — Melayu (Akad Nikah, Bersanding, Kenduri), Cina (Guo Da Li, Tea Ceremony), India (Sangeet, Mehndi, Baraat), dan Fusion semua ada modul tersendiri. Kamu juga boleh sesuaikan checklist sendiri untuk adat lain. Sesuai untuk pasangan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Harga & Langganan

Pelan Mula percuma selamanya dengan ciri asas. Pelan Couple RM9/bulan (atau RM79/tahun) untuk ciri penuh, dan Agensi RM49/bulan (atau RM399/tahun) untuk wedding planner (tersedia di web sahaja). Tiada tarikh luput — guna sampai wedding selesai dan honeymoon habis.

Pelan Mula (percuma): sehingga 100 tetamu, 1 modul budaya, dan 10 soalan AI sehari. Couple: tetamu tanpa had, semua 4 modul budaya, QR Guest Portal, Day-Of Rundown, dan 100 soalan AI sehari. Agensi (web sahaja): untuk wedding planner — urus sehingga 20 majlis dengan portal klien, dashboard berjenama, dan analitik.

Langganan berbayar diperbaharui secara automatik pada harga dan tempoh yang sama, melainkan dibatalkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat tempoh semasa. Kamu boleh batal bila-bila masa.

Untuk langganan web, batal dari Tetapan > Pelan & Bil. Untuk langganan melalui aplikasi iOS, batal melalui Tetapan iPhone > Apple ID > Langganan (diuruskan oleh Apple). Selepas batal, kamu masih boleh guna ciri berbayar sehingga akhir tempoh bil semasa.

Untuk langganan web, kami tidak menyediakan bayaran balik untuk tempoh yang telah digunakan, tetapi jika ada masalah teknikal yang teruk dalam 7 hari pertama, email kami untuk bayaran balik penuh. Untuk langganan iOS, bayaran balik dikendalikan oleh Apple mengikut polisi App Store.

Ciri & Sokongan

Rina ialah pembantu AI (dikuasakan Claude) yang faham konteks perkahwinan Malaysia. Tanya soalan, minta cadangan vendor atau bajet, atau minta dia semak perancangan kamu — dalam BM atau English. Pelan Mula: 10 soalan sehari; pelan Couple: 100 soalan sehari.

Ya. Selain laman web, ada aplikasi iOS native yang berkongsi akaun dan data yang sama. Log masuk dengan Apple, Google, atau e-mel. Pelan Couple tersedia di iOS dan web. Pelan Agensi buat masa ini tersedia di web sahaja — sokongan iOS akan datang.

Pelan Mula menyokong sehingga 100 tetamu. Pelan Couple dan Agensi tiada had bilangan tetamu, lengkap dengan penjejak RSVP, matriks pemakanan, dan susunan meja.

Ya. Pelan Agensi membenarkan kamu urus sehingga 20 majlis dalam satu platform, dengan portal klien, dashboard berjenama (logo kamu), dan analitik. Pelan Agensi tersedia di web (rinung.app) — sokongan iOS app akan datang dalam versi akan datang.

Antara muka dalam Bahasa Malaysia dengan istilah teknikal dalam English. AI Rina dan sokongan e-mel (hello@rinung.app) menjawab dalam BM dan English. Kami balas dalam masa 24 jam.

Privasi & Data

Ya, bila-bila masa. Padam akaun dari Tetapan dalam app (web atau iOS), atau ikut arahan di halaman Padam Akaun. Pemadaman adalah kekal dan semua data berkaitan dibuang.

Ya. Eksport semua data kamu (tetamu, bajet, vendor, tugasan) dalam format CSV/JSON dari Tetapan bila-bila masa. Data ini milik kamu sepenuhnya.

Ya. Semua data dihantar melalui HTTPS dan dilindungi dengan Row Level Security — hanya kamu boleh akses data kamu. Kami tidak pernah menjual data peribadi anda. Lihat Dasar Privasi untuk butiran penuh.

Data kamu kekal dalam akaun selagi kamu mahu — guna untuk honeymoon, thank-you notes, atau simpan sebagai kenangan. Tiada tarikh luput. Bila bersedia, kamu boleh eksport atau padam akaun bila-bila masa.

Pasangan Malaysia merancang perkahwinan
Masih ada soalan?

Kami sedia membantu.

Hantar mesej kepada kami dan kami akan balas dalam masa 24 jam.